Saturday, March 12, 2011

HPA-PENGENALAN

Syarikat HPA yang diasaskan oleh Tuan Hj. Ismail bin Hj. Ahmad,berasal dari Kg. Mata Ayer, Perlis pada bulan September 1987 secara kecil-kecilan yang ketika itu dikenali dengan nama Perubatan Tradisional Al Wahida. Selepas 8 tahun beroperasi, HPA Industries Sdn. Bhd. pun ditubuhkan pada 15 hb Julai 1995.Tujuan utama penubuhan syarikat ini ialah untuk memberi pendedahan mengenai perubatan herba tradisional sebagai satu rawatan alternatif kepada masyarakat, bukan sahaja memberi kesihatan yang terjamin malahan dapat mengecapi kemakmuran dan memperkayakan kehidupan.HPA Industries Sdn. Bhd diasaskan oleh seorang anak tani yang berpengalaman luas dalam bidang herba di Malaysia,Tn. Hj. Ismail bin Ahmad selaku pemilik syarikat memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan 1.Pekerja di Kilang HPA, Kuala Perlis sentiasa menjaga standard “GMP”nya.Kini seramai 1800 orang.Kini, HPA Industries Sdn Bhd memiliki kilang di Arau, Kuala perlis, Sg.petani, Napoh, Ipoh, Jakarta dll yang serba moden dan mengusahakan ladang-ladang herba Rossele, Pegaga, Misai Kucing, Jagung, Serai, Pisang dan ternakan Ayam,itik, lembu dan Kambing Organik seluas 500 ekar untuk memastikan bekalan herba yang mencukupi untuk pengeluaran dan pengilangan outputnya

MENGAPA KITA PERLU MENYOKONG PRODUK KELUARAN MUSLIM??


"Hallalan Toyyibah,Asas Pembentukan Ummah Yang Cemerlang Dunia dan Akhirat" 

Rasulullah SAW bersabda,
“ Setiap daging yang tumbuh hasil dari sumber yang haram, maka neraka adalah lebih berhak ke atasnya (daging itu)”
Itu adalah sabda Rasulullah SAW mengenai sesiapa yang mengambil sesuatu yang haram dan memasukkan ke dalam tubuhnya.Hari ini, manusia bergerak tanpa menitik beratkan perkara ini. Manusia berjalan tanpa memandang akan besarnya perkara ini. Mereka makan apa yang mereka mahu, mereka mengambil duit dari segala sumber tanpa mempunyai sensitiviti dalam perkara halal haram.Hakikatnya, memasukkan perkara-perkara haram, seperti makanan, mahupun membeli makanan dari sumber duit yang haram, akan memberikan kesan kepada hati kita.

Rasulullah SAW bersabda, “Hati itu dibina dengan apa yang dimakan.”
Maka sumber makanan kita juga perlu dijaga kerana makanan yang bersumberkan dari sumber yang haram sedikit sebanyak akan memberikan kesan kepada hati kita.
Imam As-Syafi’e Rahimullah ‘alaihi pernah berkata, “Ilmu itu adalah cahaya, dan cahaya tidak akan memasuki hati yang gelap.”

Justeru, penjagaan hati ini adalah perkara yang utama. Hati kita adalah segumpal darah yang mengandung sel-sel darah merah dan zat-zat besi. Sel dan zat-zat itu berasal dari makanan yang kita makan. Kalau makanan kita bersih dan halal mengikut syariat Islam, maka sel dan zat itu juga bersih sehingga hati kita juga akan bersih. Sebaliknya kalau makanan yang kita makan itu kotor, haram dan syubhat, baik benda itu haram atau wang yang digunakan untuk membelinya haram, maka sel dan zat-zat besi, atau zat-zat yang membina hati kita itu kotor, busuk dan gelap.

Salah satu usaha untuk menjamin apa yang kita makan,minum serta masuk ke tubuh kita adalah yang halal dan mendatangkan kebaikan kepada kita adalah asas dan cara penyediaan yang menepati hukum syarak dan bersih.Disediakan dengan niat kerana Allah dan bukan pada yang lain.Dalam kerangka usaha inilah,HPA salah satu syarikat yang berusaha memertabatkan perusahaan BUMIPUTERA yang berteraskan HALLALAN TOIYIBBAH.

  • PERJUANGAN HPA YANG MENGUSAHAKAN PRODUK HALAL BERTERASKAN ISLAM
  • PERJUANGAN HPA UNTUK BERGELUT DALAM BIDANG PERNIAGAAN YANG KOMPETITIF SEJAJAR DENGAN 9/10 SUMBER REZEKI ADALAH DARI PERNIAGAAN
  • MELESTARIKAN ILMU PENGUBATAN ISLAM BERDASARKAN HERBA DAN SUMBER SEMULA JADI.

Kekuatan dan Kelebihan HPA:
  • Sebuah perniagaan 100% milik BUMIPUTERA ISLAM.
  • Yuran keahlian hanya RM 30.00 SEUMUR HIDUP.
  •  Mempunyai 20 TAHUN pengalaman dalam Industri HERBA.
  • Lebih 250 PRODUK HALAL keluaran HPA INDUSTRIES SDN BHD.
  • Ahli mendapat diskaun 20-25% untuk semua produk.
  • 11 Ganjaran lumayan untuk AHLI.
  • Bertemakan Islam (Pekerja berwuduk sebelum memulakan kerja)
  • Kilang Sendiri dibawah Skim Bank Pembangunan Malaysia.
  • Kelulusan dari Biro Farmaseutikal Negara (BPFK) Malaysia.
  • Pengesahan dari Pusat Konsultasi Syari'ah sebagai MLM Syari'ah.
  • Memiliki sebuah "Pusat Penyelidikan Perubatan Jawi".
  • Perlindungan Takaful.
  • Peluang Menjana Pendapatan 5 angka melalui program PBC
  • Memiliki 23 anak syarikat dibawah Naungan HPA Industries Sdn Bhd

:Misi Syarikat :

HPA memberi keutamaan mempelbagaikan lagi rangkaian produk-produk herba dan juga program penyelidikan yang berupaya meningkatkan lagi mutu keluaran yang berkesan dan dapat membantu melegakan jenis-jenis penyakit yang dialami.

HPA juga memberi keutamaan mempelbagaikan keluaran produk-produk halal bagi tiga produk utama iaitu makanan kesihatan, kosmetik dan barangan keperluan harian.

HPA menyedia dan memberi kemudahan bagi usahawan untuk terus mengembangkan pengetahuan dan memantapkan lagi perniagaan ke arah kejayaan diri, keluarga, dan masyarakat.

: Objektif Syarikat :

Menjadi pengusaha No. 1 dan penjual produk herba Muslim di seluruh Malaysia.

Memimpin indutsri herba di Malaysia dari segi pengeluaran yang inovatif, berdaya maju, dan berwawasan.

Memberi keutamaan terhadap program peningkatan dan pembangunan usahawan


0 comments:

Post a Comment